Berdoa adalah otak ibadat.Begitulah besarnya kedudukan doa.Lagi banyak kita minta ,lagi disanyangi Allah dan ia berbeza dengan manusia ,lagi banyak kita minta ,lagi banyak kita dimarahi ,malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja”.
Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita diciptakan supaya menjadi hambanya .kita mesti mengetahui bila waktu-waktu mustajab berdoa.Antaranya:
Waktu sepertiga malam ,iaitu waktu terakhir ,ketika orang lain sedang nyenyak tidur .Allah s.w.t berfirman ,maksudnya : “mereka (muttaqin) sedikit sekali tidur pada waktu malam dan pada akhir malam ,mereka memohon ampun (kepada Allah )”.(Adz-Dzariyat:!8-19).
Rasulullah s.a.w bersabda ,maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun disetiap malam ke langit terendah ,iaitu sepertiga malam terakhir, lalu dia berfirman :Siapa yang berdoa kepadaku ,aku kabulkan.Siapa yang meminta kepadaku,aku berikan padanya dan sesiapa yang meminta ampun kepadaku ,aku ampunkan untuknya”.(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Waktu antara azan dan iqamah ,iaitu ketika menunggu solat berjemaah.Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah ,sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak anjurkan islam ,membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.
Pada waktu sujud,iaitu sujud didalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur ,sujud tilawah dan sujud sahwi.
Dalilnya adalah hadis Abu hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud ,maka perbanyakkan doa .”(Hadis riwayat Muslim).
Hadis Ibnu Abbas r.a ,dia berkata :Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit),sementara orang ramai sedang berbaris (solat)di belakang Abu Bakar r.a lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai sekalian manusia ,sesunguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian ) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan untuknya .Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-quran ketika rukuk atau ketika sujud .Adapun didalam rukuk ,agungkanlah Allah dan adapun didalam sujud ,bersungguhlah berdoa ,sebab (hal itu ) segera dikabulkan bagi kamu”.(Hadis riwayat Muslim).
Selepas solat fardu .Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu ,termasuk selepas solat jumaat .Allah berfirman bermaksudnya: “Dan bertasbihlah kamu kepadanya di malam hari dan selesai solat”.(Qaaf:40).
Oleh kerana itu ,Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan ,dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir ,wirid dan doa selepas solat fardu.
Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti ,imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya .Apabila mereka mengerti ,kembalilah secara perlahan.
Pada waktu khusus ,tetapi tidak diketahui dengan pasti batasnya ,iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.Ini berdasarkan hadis Jabir r.a ,dia berkata : “Saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda ,maksudnya:
“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab ),tidak ada seorang Muslim pun bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya”.(Hadis Riwayat Muslim).
Hadis Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat ,bagina bersabda:
“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab ),tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya” .
Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu .(Hadis riwayat al-bukhari).
Di dalam hadis muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antar duduknya imam (khatib) sehinggalah selesainya solat (Jumaat )”.Inilah riwayat yang paling sohih dalam hal ini.
Sementara dalam dalam hadis Abu Daud yang lain ,Nabi s.a.w memerintah agar kita mencarinya di akhir waktu asar.Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam ketika hujan turun ,waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok ,ketika berpuasa ,ketika bermusafir ,bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan